Ni broucher lame kami, saje je nak upload jgk. |
Teringat pulak dengan satu kisah tentang salah seorang pelanggan kami, saya xpasti umurnya berape tapi rasanya dalam lingkungan 50an. Mula2 nya anak kepada pelanggan kami ni yang datang ke spa kami bertanyakan jika boleh request untuk spa di rumah. Setelah berbincang sesama kami maka kami pon bersetuju. Begitu saya kagum dengan si anak kerana berusaha menggembirakan hati si ibu (pelanggan kami) dengan mensponsor rawatan spa dirumah untuk ibunya. OK now korang mesti xdpt the full picture of the story lg kan. Its ok dengar kan lagi selanjutnya kisah ini.
Bila tiba hari dan waktu yang dijanjikan, saya pergi la hantar Lily (our staff) to rumah customer kami ni. Semua ahli keluarganya bekerja kecuali si ibu dan si bibik je ade kat rumah. Xpasti lagi sape lagi yang ade kat rumah sbb selalu saye singgah sekejap je untuk hantar Lily. Setelah selesai rawatan pertama, husband saya bertanyakan dekat Lily mcm mane response customer tu. Oleh sebab itu customer pertama kami yang request buat home spa maka husband saya sedikit concern dengan kualiti perkhidmatan kami. Syukur Alhamdullilah feedback yang sangat positif kami dapat dari makcik tersebut. Hmmmm korang masih xclear lagi kan ape yang special sgt dengan pelanggan ni. Dengarkan lagi babak seterusnya.
Dalam selang seminggu selepas rawatan home spa tu, si anak tu dtg kembali ke spa kami untuk request buat home spa lagi. Die cakap badan maknya makin segar, kulit makin cantik dan semakin ceria si ibu itu. Begitu lah bakti si anak kepada si ibu, walaupon sibuk bekerja namum beliau masih berupaya memberi sesuatu untuk menggembirakan hati ibunya. Excited/happy melihat perubahan emaknya itu, dan juga mungkin beliau nampak mak nya sangat gembira dapat membelai dan memanjakan diri dengan rawatan spa walau pon dirumah, maka di request lagi sesi rawatan spa dirumah. Nak diringkaskan sket cerita ni kami dapat buat dalam 4 ke 5 sesi, 1 sesi setiap minggu. Bagi kami xpe la spa tutup skejap asalkan dapat berkhidmat untuk pelanggan yang kami sayangi :) Part seterunya adalah part klimaks yang mungkin akan sedikit menyentuh perasaan seorang insan.
Di satu hari itu kami tanye kat Lily sama ada anak makcik tu ade call x untuk buat temu janji for that week. Selalunya kami akan dapat call dl dari anak makcik tu. Nak dijadi kan cerita xberapa lama lepas tu si anak hantar sms to me mengatakan yang emaknya dah kembali ke rahmatullah (semoga roh beliau dicucuri rahmat dan tergolong dikalangan mereka yang solehah).Tersentak dengan berita itu kami reply sms tersebut dengan ucapan takziah kepada ahli keluarga mereka.
Jika di flash back kembali beberapa minggu sebelum pemergian makcik tersebut, ahli keluarga makcik tersebut dapat melihat perubahan positif terhadap makcik tersebut. Untuk pengetahuan anda semua, makcik tu sebenarnya lumpuh tidak boleh bergerak, dan oleh sebab jarang bergerak maka kulitnya kering dan xbermaya. Bila di urut dan di sapu dengan minyak hasil dari beberapa sesi rawatan kami maka kulit makcik tu kembali segar dan pastinya tuan badan pon kembali ceria. Tetapi sudah ditakdirkan ajal dan maut maka pemergiaan makcik tersebut tidak dapat dihalang dan ianya sungguh menyentuh perasaan kami warga Hannah Spa. Walaupon begitu kami bersa sungguh gembira kerana dapat menabur bakti kepada pelanggan kami walaupon di saat2 akhir hayat hidupnya. And now, walaupon sudah beberapa bulan permergian makcik tersebut kami masih berhubung dengan ahli keluarganya sebab anak makcik tu antara pelanggan setia kami. Semoga setiap perkhidmatan yang kami berikan kepada pelanggan kami diberkati dan dirahmati oleh Allah s.w.t
p/s: nama dan detail pelanggan kami ni xakan kami dedahkan kerasa tulisan saya ini adalah sebagai perkongsian yang saya rasakan sangat patut dicontohi oleh semua orang.
Sekian,
Terima Kasih