Sunday, 7 July 2013

Bergaya dengan Bag Berjenama di Hari Raya (Exclusive by Hannah Spa)

Tawaran Hebat Sempena Hari Raya

Salam Ramadhan semua :) Post kali ni agak berbeza sedikit dengan post2 yang lepas sebab kali ni Hannah Spa nak bagi tau anda semua kami nak Let Go semua handbag2 yang ade kat spa kami ni. Nak tambah stock baru Insyallah Bulan September ni.

Elok la ni untuk sape2 yang masih mencari beg untuk bergaye dihari raye ni. Sure ramai yang menjeling bile tengok beg yang anda beli dari kami nnt. Jom kite tengok beg ape yang ade. Ok sebelom tu nak dibagi tau, semua beg2 ni original from US and quality die saaaangat bagus.


Brand: Coach
Warna: Dark Choc
Original Price: RM2000
Our Price: RM 450
Brand: Cole Haan
Warna: Yellow Mustard
Original Price: RM 1500
Our Price: RM 400
Brand: Calvin Klein (CK)
Warna: Red
Original Price: RM1800
Our Price: RM 450
Left Bag: Tommy Hilfiger
Warna: Navy Blue
Original Price: RM 800
Our Price: RM 380

Right Bag: Calvin Klein (CK)
Warna: White
Original Price: RM 900
Our Price: RM 380


Left Bag: Coach
Warna: Reddish Orange
Original Price: RM 1500
Our Price: RM 430

Right Bag: Cole Haan
Warna: Brown
Original Price: RM 1500
Our Price: RM 430
Brand: Coach
Warna: Reddish Orange
Original Price: RM 2000
Our Price: RM 450
Left Bag: Kate Spade
Waran: Merah
Original Price: RM1500
Our Price: RM 400

Right Bag: Coach
Warna: Brown Tan
Original Price: RM 2000
Our Price: RM 450
SOLD OUT




OK Sape PM dulu die dapat ye. Boleh contact kami dekat FB or send sms dekat 017-2806972. Ni memang harga runtuh abis. Happy Shopping Semua :)

Monday, 24 June 2013

Hello July - Promosi Hebat !!!!! -40%

Hello July - Promosi Hebat !!!!! -40%

Setelah voucher kepada para-para blogger laris seperti pisang goreng panas, Hannah Spa kini kembali dengan promosi lebih hebat. Banyak makcik-makcik kat luar sane tanye saye

"Nak, Mak Cik ni mane la ade blog, so xleh dapat ke voucher tu"
" Alamak makcik maaf la, voucher tu limited edition"

Aduh!!! dalam hati kami terasa hampa xdpt bg voucher dekat makcik tu.
SOOOO......... untuk bulan June ni Hannah Spa ada sesuatu yang menarik nak bagi dekat korang semua. TADAAAAA.... We call it as

Week Days Promotion -40%
(Tuesday-Friday)

Wah, xhebat ke promotion tu, kepada sesiapa yang datang treatment on weekdays kami beri anda diskaun -40%. 

Sila hubungi staff kami yang sangat mesra untuk keterangan lanjut ok :)

Thursday, 30 May 2013

Kisah Pelanggan Kami

Alhamdulillah semenjak mendapat liputan dari all my favorite bloggers kami mula menerima bnyk panggilan bertanyakan tentang pakej yang kami tawarkan dan juga voucher edisi terhad kami. Ada yang nak guna untuk diri sendiri, ada yang untuk persediaan perkahwinan, ada jgk yang nak bagi girlfriend, sister, mummy and grandma pon ade :)
Ni broucher lame kami, saje je nak upload jgk.

Teringat pulak dengan satu kisah tentang salah seorang pelanggan kami, saya xpasti umurnya berape tapi rasanya dalam lingkungan 50an. Mula2 nya anak kepada pelanggan kami ni yang datang ke spa kami bertanyakan jika boleh request untuk spa di rumah. Setelah berbincang sesama kami maka kami pon bersetuju. Begitu saya kagum dengan si anak kerana berusaha menggembirakan hati si ibu (pelanggan kami) dengan mensponsor rawatan spa dirumah untuk ibunya. OK now korang mesti xdpt the full picture of the story lg kan. Its ok dengar kan lagi selanjutnya kisah ini.

Bila tiba hari dan waktu yang dijanjikan, saya pergi la hantar Lily (our staff) to rumah customer kami ni. Semua ahli keluarganya bekerja kecuali si ibu dan si bibik je ade kat rumah. Xpasti lagi sape lagi yang ade kat rumah sbb selalu saye singgah sekejap je untuk hantar Lily. Setelah selesai rawatan pertama, husband saya bertanyakan dekat Lily mcm mane response customer tu. Oleh sebab itu customer pertama kami yang request buat home spa maka husband saya sedikit concern dengan kualiti perkhidmatan kami. Syukur Alhamdullilah feedback yang sangat positif kami dapat dari makcik tersebut. Hmmmm korang masih xclear lagi kan ape yang special sgt dengan pelanggan ni. Dengarkan lagi babak seterusnya.

Dalam selang seminggu selepas rawatan home spa tu, si anak tu dtg kembali ke spa kami untuk request buat home spa lagi. Die cakap badan maknya makin segar, kulit makin cantik dan semakin ceria si ibu itu. Begitu lah bakti si anak kepada si ibu, walaupon sibuk bekerja namum beliau masih berupaya memberi sesuatu untuk menggembirakan hati ibunya. Excited/happy melihat perubahan emaknya itu, dan juga mungkin beliau nampak mak nya sangat gembira dapat membelai dan memanjakan diri dengan rawatan spa walau pon dirumah, maka di request lagi sesi rawatan spa dirumah. Nak diringkaskan sket cerita ni kami dapat buat dalam 4 ke 5 sesi, 1 sesi setiap minggu. Bagi kami xpe la spa tutup skejap asalkan dapat berkhidmat untuk pelanggan yang kami sayangi :) Part seterunya adalah part klimaks yang mungkin akan sedikit menyentuh perasaan seorang insan. 

Di satu hari itu kami tanye kat Lily sama ada anak makcik tu ade call x untuk buat temu janji for that week. Selalunya kami akan dapat call dl dari anak makcik tu. Nak dijadi kan cerita xberapa lama lepas tu si anak hantar sms to me mengatakan yang emaknya dah kembali ke rahmatullah (semoga roh beliau dicucuri rahmat dan tergolong dikalangan mereka yang solehah).Tersentak dengan berita itu kami reply sms tersebut dengan ucapan takziah kepada ahli keluarga mereka. 

Jika di flash back kembali beberapa minggu sebelum pemergian makcik tersebut, ahli keluarga makcik tersebut dapat melihat perubahan positif terhadap makcik tersebut. Untuk pengetahuan anda semua, makcik tu sebenarnya lumpuh tidak boleh bergerak, dan oleh sebab jarang bergerak maka kulitnya kering dan xbermaya. Bila di urut dan di sapu dengan minyak hasil dari beberapa sesi rawatan kami maka kulit makcik tu kembali segar dan pastinya tuan badan pon kembali ceria. Tetapi sudah ditakdirkan ajal dan maut maka pemergiaan makcik tersebut tidak dapat dihalang dan ianya sungguh menyentuh perasaan kami warga Hannah Spa. Walaupon begitu kami bersa sungguh gembira kerana dapat menabur bakti kepada pelanggan kami walaupon di saat2 akhir hayat hidupnya. And now, walaupon sudah beberapa bulan permergian makcik tersebut kami masih berhubung dengan ahli keluarganya sebab anak makcik tu antara pelanggan setia kami. Semoga setiap perkhidmatan yang kami berikan kepada pelanggan kami diberkati dan dirahmati oleh Allah s.w.t

p/s: nama dan detail pelanggan kami ni xakan kami dedahkan kerasa tulisan saya ini adalah sebagai perkongsian yang saya rasakan sangat patut dicontohi oleh semua orang.

Sekian,

Terima Kasih

Saturday, 11 May 2013

SeLaMaT Hari IbU

Kami dari Hannah Spa ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu2 atau bakal2 ibu. Orang cakap jasa ibu tidak dapat dibalas dengan segala harta benda atau pun wang ringgit. Jika anda ingin memberi sesuatu kelainan kepada ibu anda sempena hari ibu ini boleh la mencuba rawatan spa kami :) Kami dengan berbesar hati menantikan kedatangan anda dan ibu anda.


Selamat Hari Ibu :)

Hannah Spa
17-1 Jalan Sentosa Villa 1,
43000, Kajang.

Tuesday, 30 April 2013

Berita Baik Untuk Semua Bloggers. Tawaran Hebat dari Hannah Spa :)

Berita Baik Untuk Semua Bloggers. Tawaran Hebat dari Hannah Spa :)

Ok2 ade berita menarik nak bagitau korang semua ni. Khas untuk anda yang selalu berblog2 ni, kami dengan sukacitanya ingin menjemput semua warga blogger untuk memanjakan diri anda di spa kami yang terletak berhampiran dengan hospital Kajang. Untuk pengetahuan korang semua, spa kami ini milik penuh bumiputera dan dikhususkan kepada wanita sahaja. Alhamdulillah... setelah setahun kami beroperasi banyak feedback2 yang membina kami dengar dari pelanggan kami. Kami berharap dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan setia kami dan kepada mereka yang sedang mencari perkhidmatan spa atau yang  baru pertama kali ingin mencuba :)

Sekarang ni kami ada menawarkan voucher yang bernilan RM10, RM20 dan RM50. Dan yang bestnye lagi, khas untuk warga bloggers, kami bagi anda rawatan lips treatment percuma!!!!!! Wow ade voucher, ade treatment percuma lagi tu. So, jgn tggu lagi. Sila hubungi kakitangan spa kami untuk buat temu janji di 03-87370846/017-2806972.(Cik Lily dan cik Farah)


Invitation card khas untuk para blogger :)


Bagi yang belum pernah mengunjungi spa kami, spa ini dilengkapi dengan bilik sauna yang boleh memuatkan hingga 4org..so bolehla korang bergosipsss sambil menyihatkan badan..tak gitu??hehe



bilik rawatan untuk 2 org (boleh la berspa sambil borak2 ye)


ni pulak bilik seorang  untuk yg mahukan privacy 


ruang menunggu untuk pelanggan tersayang


Kaunter yang sentiasa menanti kedatangan korang :)

Kami juga ade menawarkan baucer kepada semua..baucer ni korang boleh gune mase hr rawatan.

Untuk setiap rawatan RM50 ke atas

Untuk setiap rawatan RM100 ke atas

Untuk setiap rawatan RM 250 ke atas



so pd sesape yg tgh mencari spa jgn lupe kunjungi kami ye di Hannah Spa, 17-1 Jalan Sentosa Villa 1/1, TamanSentosa Villa, 43000, Kajang, Selangor (Berhampiran Hospital Kajang). 03-87370846/017-2806972. FB: spahannah@yahoo.com


 HANNAH SPA- RELAXING-REVITALIZE-REJUVENATE











Tuesday, 14 August 2012

:: Selamat Hari Raya ::

Assalammualaikum semua...





Di kesempatan ini Hannah Spa ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri.. mohon maaf di atas segala kekurangan sepanjang perkhidmatan kami ini..untuk makluman pelanggan2 Hannah Spa, kami akan mula bercuti pada 17 OGOS 2012 (JUMAAT) sempena hari raya dan kami akan mula beroperasi semula pada 27 OGOS 2012 (ISNIN) =) 

Sunday, 5 August 2012

:: Promotion ::

Kini kami ada menawarkan potongan sehingga 50% untuk setiap perkhidmatan yang kami sediakan sempena Ramadhan dan juga menjelang Syawal ini.. :) perkhidmatan yang kami sediakan ialah facial, full body massage , full body scrub, sauna room, milk bath, herbs bath, foot massage.. kami juga ada menyediakan perkhidmatan pelbagai pakej termasuklah pakej untuk bakal raja sehari.sambil2 tunggu utk berbuka tu boleh la datang ke sini memanjakan diri anda!! :) tidak rugi rasenye.. Di bawah ni kami ada tawarkan pakej2 untuk anda memanjakan diri..

:: untuk setiap perkhidmatan kami ada tawarkan potongan sebanyak 50% ::